Friday, 7 December 2012

3 Sebab Kenapa Saya Paksa Mazni Mengerjakan Shaklee


Pada  January tahun 2012, saya tak benarkan Mazni mendaftar sebagai ahli Shaklee sejurus mengetahui ianya adalah produk MLM. Namun memandangkan kos pendaftaran sebagai ahli hanya RM65, saya dengan berat hati mengizinkannya menjadi ahli atas dasar selama ini pon dia memang pengguna tegar Shaklee.
Mazni memang makan vitamin ini semasa menharungi proses kehamilan anak kedua kami. Sebelum ini dia telah memaksa saya untuk membeli peti ais baru yang lebih besar untuk menjayakan stok penyimpanan susu ibu. Anak kedua kami Ilmuna Izzahra yang lahir pada 3 Ogos 2011 memang diberikan sepenuhnya susu ibu. Mazni juga telah mengamalkan vitamin Shaklee untuk memberikan tenaga dan kecergasan bagi menjayakan misinya menyusukan bayi.  Jadi memang tidak hairanlah saya boleh nampak bertimbun timbun botol Shaklee di rumah saya waktu itu. 
Mungkin atas dasar ini jugalah yang membuatkan anda setuju menjadi ahli Shaklee?
Persepsi saya berubah apabila beliau mula mengerjakannya secara part time tapi belum lagi mencapai tahap intensif . Jualannya agak laris hingga menarik perhatian saya. Sejak hari itu, pendapatan beliau terus meningkat; walaupun dengan kadar yang agak perlahan, sehingga bergelar Supervisor pada bulan Jun 2012.
Namun, melihatkan kadar pertumbuhan pendapatannya yang agak lembap, saya jadi geram dan tak tahan lalu mula libatkan diri secara langsung sejak Ogos 2012. Saya tak sempat meluangkan masa bersamanya mengembangkan perniagaan Shaklee sebelum ini kerana saya memang  bencikan MLM .
Berikut adalah sebab kenapa saya inginkan Mazni kerjakan Shaklee bersungguh-sungguh:
1.    Fokus Jualan Produk, Bukan Head-Hunting
Saya benci dgn MLM strategi kumpulan lain yang mengutamakan pendaftaran ahli baru. Bukan itu saja, mereka juga memaksa ahli baru membeli stok hingga ribuan ringgit; walhal kos pendaftaran tak sampai RM100 pun. Saya sangat benci strategi sebegini kerana ia saling tak tumpah dengan skim cepat kaya yang dah banyak menyusahkan orang.
Bukan itu saja, malah strategi sebegini memang tak logik. Seandainya semua orang dah jadi ahli, apa lagi yang perlu dilakukan? Beli stok hingga ribuan ringgit semula (dan makan sampai kembung atau pakai berlapis-lapis?) agar kekal dengan pangkat tertinggi dalam MLM tersebut? Saya tak cukup bodoh untuk menerima pemikiran singkat sedemikian rupa.
Berlainan dengan Shaklee, saya suka strategi asas kumpulan ini yang fokus kepada jualan produk. Juga sebab hampir semua produk Shaklee berkaitan pemakanan, pengguna akan terus membeli sejurus selepas stok vitamin mereka habis. Malah, ada yang dah mula membeli sebelum stok mereka habis pun. Ini bermaksud, potensi jualan (aka keuntungan atas jualan) yang berkekalan.
2.    Harga Produk Yang Berpatutan
Saya cukup muak dengan produk MLM kerana harganya sangat mahal. Gambaran yang diberikan, syarikat MLM terpaksa meletakkan harga yang tinggi bagi membolehkan mereka membayar komisen upline. Sebelum bersetuju dengan persepsi tersebut bagi produk Shaklee, saya membandingkan beberapa produk seumpamanya di pasaran. Perinciannya akan saya terangkan pada entri saya akan datang.
3.    Sokongan Upline Yang Berterusan
Ada beberapa kenalan saya yang terpaksa menanggung hutang sehingga RM20,000 gara-gara janji manis ketua kumpulan MLM. Sebelum mendaftar, bukan main manis janji yang ditaburkan. Bila di tanya bagaimana nak jual stok yang bakal dibeli, jawapan mereka “nanti kita pasti tolong. Bukan susah pun. Si anu yang baru join bulan lepas boleh jual semua stok dalam masa 2 minggu je. Kalau dia pun 2 minggu, kamu pasti boleh jual dalam 7 hari. Tak payah risau lah”.
Sejurus selepas anda bersetuju dengan konsep pendaftaran ahli sedemikian rupa, sama ada anda akan dia abaikan atau dipaksa menipu agar ahli baru yang lain turus mendaftar dengan cara yang sama. Bila ditagih janji lama tentang jualan stok, jawapan mereka “dah tak payah fokus kat stok tu, lambat laun habis punya. Sekarang ni, fokus cari ahli baru”. Saya memang benci kumpulan MLM lidah berbelit sebegini..
Syukur, Mazni ditemukan dengan upline yang lidah tak berbelit. Sebagai balasan, saya juga mengharamkannya daripada menabur janji manis yang boleh menyusahkan orang lain. Jujur dalam perniagaan memang payah; mungkin sebab itulah ahli perniagaan yang jujur juga dijanjikan syurga. Namun saya berpegang kepada pendapatan yang sikit dan berkat lebih baik daripada banyak tapi haram; walaupun saya bekerja keras untuk pilihan yang jauh lebih baik; berpendapatan tinggi dan berkat.
Saya juga menyarankan Mazni agar memberikan sokongan yang terbaik kepada ahli-ahlinya menerusi sistem sokongan online menerusi Facebook dan sebagainnya. 
Cukup dulu 3 sebab kenapa saya banyak memaksa Mazni dalam Shaklee. Apa pula alasan anda untuk paksa isteri masing-masing?
Nanti saya akan kongsikan lagi cerita cerita menarik lagi. Tapi sebelum tu apa kata baca entri ini dulu. Sila klik

Mengapa Mazni ghairah berblog?

Tidak dinafikan teknik pemasaran lain seperti Facebook juga berkesan. Namun ada sebab lain yang lebih utama kenapa kami bersungguh-sungguh mencadangkan pemasaran menerusi blog.

Ramai yang kata,"Guna Facebook lagi senang. Susah je berblog ni." Tapi tahukah kita kedua-dua medium ini mempunyai banyak perbezaan. Mari kita baca perbezaannya.



Meluaskan Pasaran
Pemasaran menerusi Facebook mungkin terhad kepada kenalan kita sahaja (jika menerusi akaun peribadi). Namun, dengan blog semua orang pun terdedah kepada usaha pemasaran anda. Dengan kata lain, anda berpeluang meluaskan saiz pasaran selain kenalan yang mungkin ‘berat hati’ bila sampai bab membeli daripada kenalan.
Berdasarkan Permintaan Semata
Kelebihan pelawat blog yang datang daripada Enjin Carian seperti Google atau Yahoo ialah mereka benar-benar inginkan maklumat atau penyelesaian. Mereka takkan Google “Motorsikal Harley Davidson” kalau sedang mencari vitamin. Oleh itu, perasaan atau mood mereka sudah membuak rasa ingin tahu sebelum membaca artikel anda lagi.
Anda hanya perlu menghangatkan sedikit lagi hingga panas membara! Ia sama seperti konsep Astro On Demand, bakal pembeli hanya mencari apabila mahukannya.
Berbanding jika status di wall Facebook, mungkin pada masa itu bakal pembeli belum ada mood untuk membeli tetapi kita sudah pun mengiklankannya. Status berkaitan promosi Shaklee terlalu banyak di wall Facebook kenalan itu yang membuatkan anda berprasangka “dah banyak ejen jual Shaklee, aku boleh lagi ke kan?"
Buat Sekali untuk Selamanya
Kelebihan artikel yang anda tulis dan terbitkan di blog masing-masing ialah ia kekal selama-lamanya. Selama-lamanya, pembaca boleh menjumpai blog anda daripada Google. Dengan satu artikel tersebut, selama-lamanya juga anda menarik minat bakal pembeli.
Dengan konsep SEO yang anda kuasai, anda bakal menarik pelawat berkaitan. Juga dengan gaya penulisan penuh memukau, pembaca anda tadi pasti tidak sabar untuk membeli. Justeru, anda hanya perlu menulis artikel penuh kualiti untuk menghasilkan jualan berterusan.
Pemasaran menerusi Facebook pula, anda perlu menulis di wall masing-masing secara berterusan kerana status promosi Shaklee sebelum ini sudah tenggelam di wall bakal-bakal pembeli. Namun kelebihannya ialah anda tidak perlu tunggu terlalu lama sebelum menghasilkan jualan pertama.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Saya boleh berkongsi lagi dengan anda tips bagaimana Pakcik Google sayang pada anda. Bagaimana mengaplikasikan konsep SEO. Tapi jika  hanya saya mencurahkan idea, tips dan panduan tapi anda hanya berpeluk tubuh sahaja apalah ertinya. Seperti kata pepatah Ibarat mencurahkan air ke daun keladi. 

Anda mesti melakukan anjakan kendiri dahulu. Apa tu? Sila klik


Selepas anda melakukan anjakan kendiri, barulah saya boleh bercerita mengenai:




  • Pemasaran Produk
  • Pemikiran Peniaga
  • Pengurusan Perniagaan
  • Psikologi Manusia
  • Strategi Pertumbuhan

Menarikkan? Niat saya hanya satu, mengajak anda untuk melakukan di luar kebiasaan anda. Ilmu ini perlu diterokai. Begitu juga dengan ilmu berniaga menggunakan online ini. Selalu kita dimomokkan dengan perniagaan secara konvensional sahaja tapi apa salahnya kita memberi peluang pada diri kita untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan kita. Tapi ingat, ia tidak boleh dilakukan membuta tuli sahaja. Kita perlu ilmu dan bimbingan. Saya sedia membantu anda!