Ramai yang kata,"Guna Facebook lagi senang. Susah je berblog ni." Tapi tahukah kita kedua-dua medium ini mempunyai banyak perbezaan. Mari kita baca perbezaannya.
Meluaskan Pasaran
Pemasaran menerusi Facebook mungkin terhad kepada kenalan kita sahaja (jika menerusi akaun peribadi). Namun, dengan blog semua orang pun terdedah kepada usaha pemasaran anda. Dengan kata lain, anda berpeluang meluaskan saiz pasaran selain kenalan yang mungkin ‘berat hati’ bila sampai bab membeli daripada kenalan.
Berdasarkan Permintaan Semata
Kelebihan pelawat blog yang datang daripada Enjin Carian seperti Google atau Yahoo ialah mereka benar-benar inginkan maklumat atau penyelesaian. Mereka takkan Google “Motorsikal Harley Davidson” kalau sedang mencari vitamin. Oleh itu, perasaan atau mood mereka sudah membuak rasa ingin tahu sebelum membaca artikel anda lagi.
Anda hanya perlu menghangatkan sedikit lagi hingga panas membara! Ia sama seperti konsep Astro On Demand, bakal pembeli hanya mencari apabila mahukannya.
Berbanding jika status di wall Facebook, mungkin pada masa itu bakal pembeli belum ada mood untuk membeli tetapi kita sudah pun mengiklankannya. Status berkaitan promosi Shaklee terlalu banyak di wall Facebook kenalan itu yang membuatkan anda berprasangka “dah banyak ejen jual Shaklee, aku boleh lagi ke kan?"
Buat Sekali untuk Selamanya
Kelebihan artikel yang anda tulis dan terbitkan di blog masing-masing ialah ia kekal selama-lamanya. Selama-lamanya, pembaca boleh menjumpai blog anda daripada Google. Dengan satu artikel tersebut, selama-lamanya juga anda menarik minat bakal pembeli.
Dengan konsep SEO yang anda kuasai, anda bakal menarik pelawat berkaitan. Juga dengan gaya penulisan penuh memukau, pembaca anda tadi pasti tidak sabar untuk membeli. Justeru, anda hanya perlu menulis artikel penuh kualiti untuk menghasilkan jualan berterusan.
Pemasaran menerusi Facebook pula, anda perlu menulis di wall masing-masing secara berterusan kerana status promosi Shaklee sebelum ini sudah tenggelam di wall bakal-bakal pembeli. Namun kelebihannya ialah anda tidak perlu tunggu terlalu lama sebelum menghasilkan jualan pertama.
---------------------------------------------------------------------------------------------Saya boleh berkongsi lagi dengan anda tips bagaimana Pakcik Google sayang pada anda. Bagaimana mengaplikasikan konsep SEO. Tapi jika hanya saya mencurahkan idea, tips dan panduan tapi anda hanya berpeluk tubuh sahaja apalah ertinya. Seperti kata pepatah Ibarat mencurahkan air ke daun keladi.
Anda mesti melakukan anjakan kendiri dahulu. Apa tu? Sila klik
Selepas anda melakukan anjakan kendiri, barulah saya boleh bercerita mengenai:
- Pemasaran Produk
- Pemikiran Peniaga
- Pengurusan Perniagaan
- Psikologi Manusia
- Strategi Pertumbuhan
Menarikkan? Niat saya hanya satu, mengajak anda untuk melakukan di luar kebiasaan anda. Ilmu ini perlu diterokai. Begitu juga dengan ilmu berniaga menggunakan online ini. Selalu kita dimomokkan dengan perniagaan secara konvensional sahaja tapi apa salahnya kita memberi peluang pada diri kita untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan kita. Tapi ingat, ia tidak boleh dilakukan membuta tuli sahaja. Kita perlu ilmu dan bimbingan. Saya sedia membantu anda!
No comments:
Post a Comment