Pada January tahun 2012, saya tak benarkan Mazni mendaftar sebagai ahli Shaklee sejurus mengetahui ianya adalah produk MLM. Namun memandangkan kos pendaftaran sebagai ahli hanya RM65, saya dengan berat hati mengizinkannya menjadi ahli atas dasar selama ini pon dia memang pengguna tegar Shaklee.
Mazni memang makan vitamin ini semasa menharungi proses kehamilan anak kedua kami. Sebelum ini dia telah memaksa saya untuk membeli peti ais baru yang lebih besar untuk menjayakan stok penyimpanan susu ibu. Anak kedua kami Ilmuna Izzahra yang lahir pada 3 Ogos 2011 memang diberikan sepenuhnya susu ibu. Mazni juga telah mengamalkan vitamin Shaklee untuk memberikan tenaga dan kecergasan bagi menjayakan misinya menyusukan bayi. Jadi memang tidak hairanlah saya boleh nampak bertimbun timbun botol Shaklee di rumah saya waktu itu.
Mungkin atas dasar ini jugalah yang membuatkan anda setuju menjadi ahli Shaklee?
Persepsi saya berubah apabila beliau mula mengerjakannya secara part time tapi belum lagi mencapai tahap intensif . Jualannya agak laris hingga menarik perhatian saya. Sejak hari itu, pendapatan beliau terus meningkat; walaupun dengan kadar yang agak perlahan, sehingga bergelar Supervisor pada bulan Jun 2012.
Namun, melihatkan kadar pertumbuhan pendapatannya yang agak lembap, saya jadi geram dan tak tahan lalu mula libatkan diri secara langsung sejak Ogos 2012. Saya tak sempat meluangkan masa bersamanya mengembangkan perniagaan Shaklee sebelum ini kerana saya memang bencikan MLM .
Berikut adalah sebab kenapa saya inginkan Mazni kerjakan Shaklee bersungguh-sungguh:
1. Fokus Jualan Produk, Bukan Head-Hunting
Saya benci dgn MLM strategi kumpulan lain yang mengutamakan pendaftaran ahli baru. Bukan itu saja, mereka juga memaksa ahli baru membeli stok hingga ribuan ringgit; walhal kos pendaftaran tak sampai RM100 pun. Saya sangat benci strategi sebegini kerana ia saling tak tumpah dengan skim cepat kaya yang dah banyak menyusahkan orang.
Bukan itu saja, malah strategi sebegini memang tak logik. Seandainya semua orang dah jadi ahli, apa lagi yang perlu dilakukan? Beli stok hingga ribuan ringgit semula (dan makan sampai kembung atau pakai berlapis-lapis?) agar kekal dengan pangkat tertinggi dalam MLM tersebut? Saya tak cukup bodoh untuk menerima pemikiran singkat sedemikian rupa.
Berlainan dengan Shaklee, saya suka strategi asas kumpulan ini yang fokus kepada jualan produk. Juga sebab hampir semua produk Shaklee berkaitan pemakanan, pengguna akan terus membeli sejurus selepas stok vitamin mereka habis. Malah, ada yang dah mula membeli sebelum stok mereka habis pun. Ini bermaksud, potensi jualan (aka keuntungan atas jualan) yang berkekalan.
2. Harga Produk Yang Berpatutan
Saya cukup muak dengan produk MLM kerana harganya sangat mahal. Gambaran yang diberikan, syarikat MLM terpaksa meletakkan harga yang tinggi bagi membolehkan mereka membayar komisen upline. Sebelum bersetuju dengan persepsi tersebut bagi produk Shaklee, saya membandingkan beberapa produk seumpamanya di pasaran. Perinciannya akan saya terangkan pada entri saya akan datang.
3. Sokongan Upline Yang Berterusan
Ada beberapa kenalan saya yang terpaksa menanggung hutang sehingga RM20,000 gara-gara janji manis ketua kumpulan MLM. Sebelum mendaftar, bukan main manis janji yang ditaburkan. Bila di tanya bagaimana nak jual stok yang bakal dibeli, jawapan mereka “nanti kita pasti tolong. Bukan susah pun. Si anu yang baru join bulan lepas boleh jual semua stok dalam masa 2 minggu je. Kalau dia pun 2 minggu, kamu pasti boleh jual dalam 7 hari. Tak payah risau lah”.
Sejurus selepas anda bersetuju dengan konsep pendaftaran ahli sedemikian rupa, sama ada anda akan dia abaikan atau dipaksa menipu agar ahli baru yang lain turus mendaftar dengan cara yang sama. Bila ditagih janji lama tentang jualan stok, jawapan mereka “dah tak payah fokus kat stok tu, lambat laun habis punya. Sekarang ni, fokus cari ahli baru”. Saya memang benci kumpulan MLM lidah berbelit sebegini..
Syukur, Mazni ditemukan dengan upline yang lidah tak berbelit. Sebagai balasan, saya juga mengharamkannya daripada menabur janji manis yang boleh menyusahkan orang lain. Jujur dalam perniagaan memang payah; mungkin sebab itulah ahli perniagaan yang jujur juga dijanjikan syurga. Namun saya berpegang kepada pendapatan yang sikit dan berkat lebih baik daripada banyak tapi haram; walaupun saya bekerja keras untuk pilihan yang jauh lebih baik; berpendapatan tinggi dan berkat.
Saya juga menyarankan Mazni agar memberikan sokongan yang terbaik kepada ahli-ahlinya menerusi sistem sokongan online menerusi Facebook dan sebagainnya.
Cukup dulu 3 sebab kenapa saya banyak memaksa Mazni dalam Shaklee. Apa pula alasan anda untuk paksa isteri masing-masing?
Nanti saya akan kongsikan lagi cerita cerita menarik lagi. Tapi sebelum tu apa kata baca entri ini dulu. Sila klik
No comments:
Post a Comment